Monday, November 7, 2022

MY PORTFOLIO

 

PELAKSANAAN MY PORTFOLIO SEBAGAI PANDUAN KERJA AGENSI SEKTOR AWAM

MAMPU telah menerbitkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil.4 Tahun 2018 myPortfolio : Panduan Kerja Sektor Awam sebagai pendekatan baharu dalam pelaksanaan bidang tugas dan tanggungjawab secara lebih komprehensif dan teratur di agensi Kerajaan. PKPA ini bertindak sebagai punca kuasa yang menggantikan penggunaan Fail Meja, Manual Prosedur Kerja dan Borang Tindakan Kerja yang telah dilaksanakan sejak tahun 1991.

Sunday, September 11, 2022

PENAMBAHBAIKAN CUTI KUARANTIN

 


  • Kemudahan cuti kuarantin telah ditambahbaik. Pemakaian peraturan ini berkuatkuasa mulai 4 Mac 2022. Penambahbaikan seperti berikut :
  • Nama kemudahan Cuti Kuarantin dipinda kepada Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan. Diberikan kepada pegawai yang anaknya menghidap penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin.
  • Penambahan lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan dan Swasta.

Kadar Tempoh Cuti (Bilangan Hari)

i. Kadar tempoh cuti/bilangan hari cuti terhad maksimum lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang diberikan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau Swasta mengikut mana yang lebih rendah termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.

ii. Pegawai yang memerlukan tempoh tambahan boleh memohon Cuti Rehat / Cuti Rehat Khas atau cuti-cuti lain yang berkelayakan.

iii. Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan Arahan Bekerja Dari Rumah (BDR).

Sumber : Surat Edaran JPA.SARAAN (S) 43/35 Jld.12 (8)

Tuesday, September 6, 2022

MY GCR REKOD

 

Berikut adalah GCR yang dikumpul sehingga TAHUN 2022 untuk rujukan. Data ini diambil daripada HRMIS.




Tuesday, March 15, 2022

PENAMBAHBAIKAN DASAR BEKERJA DARI RUMAH


Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memberi perhatian dalam aspek kebajikan pegawai perkhidmatan awam dan masa yang sama perlu meningkatkan kualiti, produktiviti dan penyampaian perkhidmatan serta selaras dengan ucapan YAB Perdana Menteri sempena sambutan Hari Wanita 2022 pada 8 Mac 2022, Kerajaan bersetuju supaya Ketua Jabatan diwajibkan untuk membenarkan/mengarahkan Bekerja Dari Rumah (BDR) kepada Pegawai yang kematian suami atau isteri sebaik sahaja tempoh tiga (3) hari Cuti Tanpa Rekod (CTR) telah digunakan.

Tempoh pemberian BDR ini hendaklah bersesuaian dan tidak melebihi tempoh dua (2) minggu termasuk Hari Kelepasan Mingguan, Hari Rehat MIngguan dan Hari Kelepasan Am tertakluk kepada pertimbangan Ketua Jabatan.

Surat Edaran JPA.SARAAN (S) 256/6/31 Jld 10 (30) : Penambahbaikan Dasar Bekerja Dari Rumah Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam, bertarikh 10 Mac 2022, Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR 4.1.2 : Dasar Bekerja Dari Rmah dan Soalan Lazim boleh dimuat turun melalui pautan berikut :

heeps://www.jpa.gov.my/....2468-penambahbaikan-dasar....

MY PORTFOLIO

  PELAKSANAAN MY PORTFOLIO SEBAGAI PANDUAN KERJA AGENSI SEKTOR AWAM MAMPU telah menerbitkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil....