Tuesday, March 15, 2022

PENAMBAHBAIKAN DASAR BEKERJA DARI RUMAH


Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memberi perhatian dalam aspek kebajikan pegawai perkhidmatan awam dan masa yang sama perlu meningkatkan kualiti, produktiviti dan penyampaian perkhidmatan serta selaras dengan ucapan YAB Perdana Menteri sempena sambutan Hari Wanita 2022 pada 8 Mac 2022, Kerajaan bersetuju supaya Ketua Jabatan diwajibkan untuk membenarkan/mengarahkan Bekerja Dari Rumah (BDR) kepada Pegawai yang kematian suami atau isteri sebaik sahaja tempoh tiga (3) hari Cuti Tanpa Rekod (CTR) telah digunakan.

Tempoh pemberian BDR ini hendaklah bersesuaian dan tidak melebihi tempoh dua (2) minggu termasuk Hari Kelepasan Mingguan, Hari Rehat MIngguan dan Hari Kelepasan Am tertakluk kepada pertimbangan Ketua Jabatan.

Surat Edaran JPA.SARAAN (S) 256/6/31 Jld 10 (30) : Penambahbaikan Dasar Bekerja Dari Rumah Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam, bertarikh 10 Mac 2022, Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR 4.1.2 : Dasar Bekerja Dari Rmah dan Soalan Lazim boleh dimuat turun melalui pautan berikut :

heeps://www.jpa.gov.my/....2468-penambahbaikan-dasar....

No comments:

Post a Comment

MY PORTFOLIO

  PELAKSANAAN MY PORTFOLIO SEBAGAI PANDUAN KERJA AGENSI SEKTOR AWAM MAMPU telah menerbitkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil....