Monday, February 7, 2022

PEMBERIAN AWAL AWARD WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT (GCR)

 

Kerajaan melaui pembentangan Belanjawan 2022 telah bersetuju menaikkan jumlah hari maksimum gantian cuti rehat (GCR) daripada 150 hari kepada 160 hari dan membenarkan pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 80 hari mulai Januari 2022.

Sekiranya pegawai telah mengumpul GCR melebihi 160 hari, lebihan GCR yang terkumpul berkenaan boleh digunakan oleh pegawai sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.

Pegawai yang telah memilih Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk memohon pemberian awal award wang tunai GCR perlu memenuhi syarat-syarat berikut :

  • Tempoh perkhidmatan pegawai yang boleh dimasuk kira hendaklah tidak kurang daripada 15 tahun
  • Pegawai telah mencapai umur 45 tahun
  • Jumlah GCR yang terkumpul hendaklah sekurang-kurangnya 80 hari;
  • Bebas daripada sebarang prosiding jenayah atau tindakan tatatertib; dan
  • Mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.

Jumlah maksimum pengumpulan GCR yang boleh dibayar award wang tunai sepanjang tempoh perkhidmatan adalah 160 hari. Pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 80 hari hanya boleh dibuat sekali sahaja sepanjang perkhidmatan pegawai, manakala baki 80 hari GCR terkumpul akan dibayar pada tahun persaraan pegawai.

Ketua Jabatan hendaklah menggunakan aplikasi Sistem Pengiraan GCR yang boleh dimuat turun di portal www.jpapencen.gov.my untuk tujuan pengiraan GCR yang tepat bagi pemberian awal award wang tunai GCR. Ketua Jabatan perlu memastikan pengumpulan GCR yang dibuat sepanjang tahun perkhidmatan pegawai adalah betul dan teratur sebagimana kehendak peraturan yang berkuatkuasa.

Semua dokumen permohonan pemberian awal award wang tunai GCR yang diperakukan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA. Surat Edaran boleh dimuat turun melalui portal JPA di

https://tinurl.com/59en9n7v

Maklumat perhubungan berkaitan GCR boleh diajukan ke talian 03-8885 4686 / 4428 / 4431 / 4670 / 4427 / 4729 atau e-mel ke pertanyaaan.gcr.gov.my

Berikut adalah soalan-soalan lazim untuk pencerahan kita semua.









No comments:

Post a Comment

MY PORTFOLIO

  PELAKSANAAN MY PORTFOLIO SEBAGAI PANDUAN KERJA AGENSI SEKTOR AWAM MAMPU telah menerbitkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil....